Pages

Thursday 30 April 2015

Pertandingan Educational Blogging 2015



Jom sertai!! Pertandingan Educational Blogging 2015

Sila daftarkan blog anda di sini : Borang pendaftaran 


Poster Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2015



SKOP PERTANDINGAN :
~ Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia                 berdasarkan kategori pertandingan
~ Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan  pendidikan

 
KATEGORI PERTANDINGAN :
1. Terbuka
2. Sekolah
TARIKH PERTANDINGAN
Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara online di sini  mulai 19 Mei 2015

TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
30 Sept 2015 | jam 11:59pm

                                                                          

                                      
Credit Photo to http://www.cikguhailmi.com
Pemenang Pertandingan EDU2014 | Kategori Terbuka 
HADIAH PERTANDINGAN :

 Setiap Kategori :
Tempat Pertama hingga ke-3 :
sebuah Gajet Elektronik* + sijil penyertaan

* Hadiah adalah tertakluk kepada perubahan





KRITERIA PENILAIAN
 
* Kandungan
~ Perkongsian ilmu/maklumat berunsur pendidikan
~ Kesahihan maklumat

* Rekabentuk Kreatif
~ Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)

~ Interaktif/dinamik
~ Mesra Pengguna
~ Rangkaian Sosial

* Nilai Tambah
~ Keaktifan (up-to-date)
~ Bilangan pengikut (follower)
~ Keaslian (originality) 




SYARAT PENYERTAAN
  1. Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui
    Internet pada bila-bila masa. 
  2. Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia bagi membangunkan blog masing-masing yang tetrtakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
  3. Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi,perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  4. Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
  5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
  6. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  8. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta. 
  9. Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta. 
  10. Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.

PERTANYAAN

Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia iaitu :

Siti Munirah Binti Ahmad
015 - 4879 7556 | 8 pagi - 5 petang | siti.munirah@ict.upsi.edu.my


No comments:

Post a Comment